Monday, September 28, 2009 at 6:30 AM | 0 comments  

Ni la gambar raya yg diambil raya pertama time tengahari, selepas anak aku pi terjun dalam selut mana hala dah.
Dah 3 tahun berturut-turut, mesti gi amik gambar time raya sebagai kenang-kenangan dan setiap kali amik gambar memang letih nak dpt yg elok, since anak2 aku suka sangat buat akai time nak amik gambar. Tertekan gak, kita nak senyum tui2 dah hilang keikhlasan.
Bila wife aku tanya kenapa adam (anak sulung aku) buat muka camtu, dia kata buat muka tiger.
Posted by Jai

Salam kepada pengunjung blog aku,

Sempena menyambut kedatangan syawal, aku pohon ampun dan maaf andai kata terkasar bahasa, termaki hamun dan segala macam ter..

Apa-pun, sesapa yang kenal dengan aku yg tua ni, jemputlah datang kerumah, tapi raya keempat dan seterusnya la. Raya lain aku tak dak kt umah. Jemputla datang ke teratak aku di USM. Apa-apa phone dulu kalau2 aku tertidur.

Hati-hati dijalan raya. Jauhi H1N1 dan HIV. Ingatlah orang tersayang...

Posted by Jai
Tuesday, September 8, 2009 at 11:21 PM | 1 comments  
Ahlan wa sahlan..marhaban..ya Ramadhan

kau hadir bagai air bah membasuh daki dunia. ku sambut mu dengan penuh dengan harapan bagai menatang orang yang kucinta dan sayang. Semoga dengan kedatangan mu kali ini, aku akan menginsafi dan memasuki kelandasan yang benar.

Sudah 19 hari kau bersama dengan aku, kedatangan mu aku sia-siakan.Ku harapkan dibukakan hati ku untuk menerimamu sepenuhnya seperti orang yang sangat ku sayang dan aku cintai.Tempoh 10 hari terakhir kau berada dengan ku, ibarat mendepa tangan menungguku untuk memelukmu, ku harapkan aku mampu memelukmu dengan erat, ku luahkan kasih sayangku padamu, ku menangis dengan mu....

Moga-moga aku akan bertemu denganmu lagi untuk tahun depan untuk aku peluk dan ciummu dengan erat..ya Ramadhan..aku sayang padamu..
Posted by Jai
Monday, September 7, 2009 at 8:40 PM | 0 comments  
Jika kamu memancing ikan, setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil terus ikan itu. Janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja. Kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup.
Posted by Jai