Code ni aku buat tu web app aku..since akan digunapakai oleh semua programmer dan SA nanti, aku share class ni..nanti leh terus code apps dan extend library. Btw engine aku pakai spesifikasi ni :-

1. OS - FreeBSD 7

2. Web Interpreter - PHP5(Since aku guna method OO, only this version almost support)

3. Web Server - Apache 1.3

4. Module connection : ldap (ni untuk cnnect dgn AD)

Sebarang masalah integrasi, aku boleh tolong tanpa sbrg sen . Sebarang komen kelemahan code aku dialu-alukan, penambahbaikan amat digalakkan.

Berikut class dan interface untuk connection ke AD.


-->intAd.class.php


interface intAD {


public function connect();


public function bind($link,$userdn,$password);


public function count_entries($search);


public function getEntry($link,$result);


public function close($link);


}

?>



-->ActiveDirectory.class.php


require("intAD.class.php");



class ActiveDirectory implements intAD {


private $link;


private $bind;


private $count;


private $entries;


private $search;



public $BASEDN = 'dc=usm,dc=my';


public $SERVER = 'IP';



public function connect() {


$this->link = @ldap_connect($this->SERVER,3268);


$set = ldap_set_option($this->link, LDAP_OPT_PROTOCOL_VERSION, 3);


ldap_set_option($this->link, LDAP_OPT_REFERRALS, 0);


return $this->link;


}


public function bind($link,$userdn,$password) {


$this->bind = @ldap_bind($link,$userdn,$password);


return $this->bind;


}


public function count_entries($search) {


$this->count = ldap_count_entries($search);


}


public function getEntry($link,$result) {


//echo $this->link;


$this->entries = ldap_get_entries($link, $result);


//print_r($this->entries);


return $this->entries;


}


public function close($link) {


ldap_close($link);


}


public function search($link,$attribute,$keyword) {


$filter = '(' . $attribute . '=*' . $keyword . '*)';


$field = array("userprincipalname", "displayname","distinguishedname");


$this->search = @ldap_search($link,$this->BASEDN,$filter,$field);


return $this->search;


}


public function getJabatan($distN) {


$dn = explode(",",$distN);


$jab = explode("=",$dn[2]);


//print_r($jab);


return $jab[1];


}


}




?>





Posted by Jai
Monday, September 28, 2009 at 6:30 AM | 0 comments  

Ni la gambar raya yg diambil raya pertama time tengahari, selepas anak aku pi terjun dalam selut mana hala dah.
Dah 3 tahun berturut-turut, mesti gi amik gambar time raya sebagai kenang-kenangan dan setiap kali amik gambar memang letih nak dpt yg elok, since anak2 aku suka sangat buat akai time nak amik gambar. Tertekan gak, kita nak senyum tui2 dah hilang keikhlasan.
Bila wife aku tanya kenapa adam (anak sulung aku) buat muka camtu, dia kata buat muka tiger.
Posted by Jai

Salam kepada pengunjung blog aku,

Sempena menyambut kedatangan syawal, aku pohon ampun dan maaf andai kata terkasar bahasa, termaki hamun dan segala macam ter..

Apa-pun, sesapa yang kenal dengan aku yg tua ni, jemputlah datang kerumah, tapi raya keempat dan seterusnya la. Raya lain aku tak dak kt umah. Jemputla datang ke teratak aku di USM. Apa-apa phone dulu kalau2 aku tertidur.

Hati-hati dijalan raya. Jauhi H1N1 dan HIV. Ingatlah orang tersayang...

Posted by Jai
Tuesday, September 8, 2009 at 11:21 PM | 1 comments  
Ahlan wa sahlan..marhaban..ya Ramadhan

kau hadir bagai air bah membasuh daki dunia. ku sambut mu dengan penuh dengan harapan bagai menatang orang yang kucinta dan sayang. Semoga dengan kedatangan mu kali ini, aku akan menginsafi dan memasuki kelandasan yang benar.

Sudah 19 hari kau bersama dengan aku, kedatangan mu aku sia-siakan.Ku harapkan dibukakan hati ku untuk menerimamu sepenuhnya seperti orang yang sangat ku sayang dan aku cintai.Tempoh 10 hari terakhir kau berada dengan ku, ibarat mendepa tangan menungguku untuk memelukmu, ku harapkan aku mampu memelukmu dengan erat, ku luahkan kasih sayangku padamu, ku menangis dengan mu....

Moga-moga aku akan bertemu denganmu lagi untuk tahun depan untuk aku peluk dan ciummu dengan erat..ya Ramadhan..aku sayang padamu..
Posted by Jai
Monday, September 7, 2009 at 8:40 PM | 0 comments  
Jika kamu memancing ikan, setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil terus ikan itu. Janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja. Kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup.
Posted by Jai
Thursday, August 20, 2009 at 6:39 AM | 2 comments  








Hehehe.. tengok tajuk pun..aku macam nak pi ja lani..Untuk mengubat perasaan aku, terluka dengan masalah bateri aku, aku bawa anak2 aku gi makan sate(wife aku berlanja..tq). Boleh dikatakan 2 minggu sekali aku pi makan kat sana. 30 cucuk sate, tomyam , 2 jenis air buah dan nasi goreng. Itu lah menu yang kami order kat situ setiap kali kat kedai kak som.






Aku tak tau la, apa yang diletak dalam sate tu..tapi mmg aku dgn anak2 pulun gila. Wife aku, ala kadar ja..













Posted by Jai
Malam ni aku nak cerita ketidakpuasan hati aku dengan kedai bateri kereta. Kedai ini terletak depan pelita Sg Dua. Nama kedai tu, tengok sendiri la malas nak disebutkan. Cerita ni bermula 3 minggu sudah, bila time nak pi kerja pagi2, wife aku bagi tau kereta tak boleh nak start. Time tu aku mc ..(heeheh banyak tul mc..kurang vitamin..). Atas bantuan En Hazly Pusat Komputer, dia mai tolong jump bateri kereta aku. Maka boleh lah start.. Dengan keadaan aku tak mandi, muka ya Allah, seperti yang maklum bertapa manisnya aku ketika itu...huahua.. aku gi antar wife dgn anak-anak aku dan terus aku gi cari kedai bateri kereta. Disebabkan aku malas nak pikir..aku kira nak cari yang terdekat saja akhir pergilah aku ke kedai bateri sg dua. Time tu pukul 9 baru ja depa buka kedai. Disuruhnya aku duduk dan dilayan aku dengan air mineral. Si pomen check.."waa bateri weak la...kena tukar baru ni"..aku pun mengiyakan sambil mengangguk. Bateri lama digantikan baru, maka blh start...(cam la aku tak tau..)




Bermulanya cerita celaka ini selepas 3 minggu, hari isnin baru-baru ini..wife aku call time tu aku tgh mc kt umah(mc lagi..) kereta tak blh start kt hadhanah tempat anak-anak aku dijaga. Aku dengan penuh berhemah, mandi dulu pakai baju cantik2 gi la check kereta. Lampu indicator kat meter tak nyala langsung means bateri flat.Aku gi panggil pomen kedai tu mai..dengan penuh sombongnya mai jump kereta aku..Dah leh start, time nak jalan ja flat balik bateri.akhirnya diberi bateri sementara untuk aku pi kedai.. Sampai kat kedai aku penuh ramah mesra aku cuba berbual-bual tapi aku tak dipedulikan malah cakap kurang ajar dengan aku. Dikatanya alternator aku rosak. Part ni mmg aku bodohla..tak pernah amik tau pun.."Takpa2 saya gi check kat perodua...". Bawa la kereta aku pi perodua nak check alternator tu. Pomen perodua bg tau aku.."Bateri kalau tak dicharge akan ada pada state 12V(bateri eloknya)..kalau alternator jalan meter akan naik 14.xxV means alternator OK". Dalam hati aku time dah kuar dah "P*K* **K %&#*". Dengan perasaan marah aku pi balik kedai pomen tu, aku bagi tau pomen babi tu, yang alternator aku ni ok.."MAI PETANG SATGI, KAMI CHARGE BATERI NI DULU. SATGI MAI SEMBANG DENGAN TAUKE". Seperti yang dijanjikan aku gi kedai, dia nak suruh aku pakai bateri yang dicharge. Aku duk geram dari pagi..tersembur keluar rasa marah. Dipendekkan cerita, apa yang dia nak kona aku, aku tetap nak bateri baru. Akhirnya digantikkan aku bateri baru. Puas hati aku.




Aku geram bukan apa, pomen ni orang melayu, dah lama sombong cam k####a b***h, dikencingkan aku pulak. Memang bangsat betul. Kalau dah tak reti bg tau ja tak reti senangkan..jangan susahkan orang..




Aku harap kalau sesapa nak rasa sakit ati macam aku, berkunjunglah ke kedai tu...hahahah




Posted by Jai