Code ni aku buat tu web app aku..since akan digunapakai oleh semua programmer dan SA nanti, aku share class ni..nanti leh terus code apps dan extend library. Btw engine aku pakai spesifikasi ni :-

1. OS - FreeBSD 7

2. Web Interpreter - PHP5(Since aku guna method OO, only this version almost support)

3. Web Server - Apache 1.3

4. Module connection : ldap (ni untuk cnnect dgn AD)

Sebarang masalah integrasi, aku boleh tolong tanpa sbrg sen . Sebarang komen kelemahan code aku dialu-alukan, penambahbaikan amat digalakkan.

Berikut class dan interface untuk connection ke AD.


-->intAd.class.php


interface intAD {


public function connect();


public function bind($link,$userdn,$password);


public function count_entries($search);


public function getEntry($link,$result);


public function close($link);


}

?>



-->ActiveDirectory.class.php


require("intAD.class.php");



class ActiveDirectory implements intAD {


private $link;


private $bind;


private $count;


private $entries;


private $search;



public $BASEDN = 'dc=usm,dc=my';


public $SERVER = 'IP';



public function connect() {


$this->link = @ldap_connect($this->SERVER,3268);


$set = ldap_set_option($this->link, LDAP_OPT_PROTOCOL_VERSION, 3);


ldap_set_option($this->link, LDAP_OPT_REFERRALS, 0);


return $this->link;


}


public function bind($link,$userdn,$password) {


$this->bind = @ldap_bind($link,$userdn,$password);


return $this->bind;


}


public function count_entries($search) {


$this->count = ldap_count_entries($search);


}


public function getEntry($link,$result) {


//echo $this->link;


$this->entries = ldap_get_entries($link, $result);


//print_r($this->entries);


return $this->entries;


}


public function close($link) {


ldap_close($link);


}


public function search($link,$attribute,$keyword) {


$filter = '(' . $attribute . '=*' . $keyword . '*)';


$field = array("userprincipalname", "displayname","distinguishedname");


$this->search = @ldap_search($link,$this->BASEDN,$filter,$field);


return $this->search;


}


public function getJabatan($distN) {


$dn = explode(",",$distN);


$jab = explode("=",$dn[2]);


//print_r($jab);


return $jab[1];


}


}




?>





Posted by Jai
Monday, September 28, 2009 at 6:30 AM | 0 comments  

Ni la gambar raya yg diambil raya pertama time tengahari, selepas anak aku pi terjun dalam selut mana hala dah.
Dah 3 tahun berturut-turut, mesti gi amik gambar time raya sebagai kenang-kenangan dan setiap kali amik gambar memang letih nak dpt yg elok, since anak2 aku suka sangat buat akai time nak amik gambar. Tertekan gak, kita nak senyum tui2 dah hilang keikhlasan.
Bila wife aku tanya kenapa adam (anak sulung aku) buat muka camtu, dia kata buat muka tiger.
Posted by Jai

Salam kepada pengunjung blog aku,

Sempena menyambut kedatangan syawal, aku pohon ampun dan maaf andai kata terkasar bahasa, termaki hamun dan segala macam ter..

Apa-pun, sesapa yang kenal dengan aku yg tua ni, jemputlah datang kerumah, tapi raya keempat dan seterusnya la. Raya lain aku tak dak kt umah. Jemputla datang ke teratak aku di USM. Apa-apa phone dulu kalau2 aku tertidur.

Hati-hati dijalan raya. Jauhi H1N1 dan HIV. Ingatlah orang tersayang...

Posted by Jai
Tuesday, September 8, 2009 at 11:21 PM | 1 comments  
Ahlan wa sahlan..marhaban..ya Ramadhan

kau hadir bagai air bah membasuh daki dunia. ku sambut mu dengan penuh dengan harapan bagai menatang orang yang kucinta dan sayang. Semoga dengan kedatangan mu kali ini, aku akan menginsafi dan memasuki kelandasan yang benar.

Sudah 19 hari kau bersama dengan aku, kedatangan mu aku sia-siakan.Ku harapkan dibukakan hati ku untuk menerimamu sepenuhnya seperti orang yang sangat ku sayang dan aku cintai.Tempoh 10 hari terakhir kau berada dengan ku, ibarat mendepa tangan menungguku untuk memelukmu, ku harapkan aku mampu memelukmu dengan erat, ku luahkan kasih sayangku padamu, ku menangis dengan mu....

Moga-moga aku akan bertemu denganmu lagi untuk tahun depan untuk aku peluk dan ciummu dengan erat..ya Ramadhan..aku sayang padamu..
Posted by Jai
Monday, September 7, 2009 at 8:40 PM | 0 comments  
Jika kamu memancing ikan, setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil terus ikan itu. Janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja. Kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup.
Posted by Jai
Thursday, August 20, 2009 at 6:39 AM | 2 comments  








Hehehe.. tengok tajuk pun..aku macam nak pi ja lani..Untuk mengubat perasaan aku, terluka dengan masalah bateri aku, aku bawa anak2 aku gi makan sate(wife aku berlanja..tq). Boleh dikatakan 2 minggu sekali aku pi makan kat sana. 30 cucuk sate, tomyam , 2 jenis air buah dan nasi goreng. Itu lah menu yang kami order kat situ setiap kali kat kedai kak som.






Aku tak tau la, apa yang diletak dalam sate tu..tapi mmg aku dgn anak2 pulun gila. Wife aku, ala kadar ja..













Posted by Jai
Malam ni aku nak cerita ketidakpuasan hati aku dengan kedai bateri kereta. Kedai ini terletak depan pelita Sg Dua. Nama kedai tu, tengok sendiri la malas nak disebutkan. Cerita ni bermula 3 minggu sudah, bila time nak pi kerja pagi2, wife aku bagi tau kereta tak boleh nak start. Time tu aku mc ..(heeheh banyak tul mc..kurang vitamin..). Atas bantuan En Hazly Pusat Komputer, dia mai tolong jump bateri kereta aku. Maka boleh lah start.. Dengan keadaan aku tak mandi, muka ya Allah, seperti yang maklum bertapa manisnya aku ketika itu...huahua.. aku gi antar wife dgn anak-anak aku dan terus aku gi cari kedai bateri kereta. Disebabkan aku malas nak pikir..aku kira nak cari yang terdekat saja akhir pergilah aku ke kedai bateri sg dua. Time tu pukul 9 baru ja depa buka kedai. Disuruhnya aku duduk dan dilayan aku dengan air mineral. Si pomen check.."waa bateri weak la...kena tukar baru ni"..aku pun mengiyakan sambil mengangguk. Bateri lama digantikan baru, maka blh start...(cam la aku tak tau..)




Bermulanya cerita celaka ini selepas 3 minggu, hari isnin baru-baru ini..wife aku call time tu aku tgh mc kt umah(mc lagi..) kereta tak blh start kt hadhanah tempat anak-anak aku dijaga. Aku dengan penuh berhemah, mandi dulu pakai baju cantik2 gi la check kereta. Lampu indicator kat meter tak nyala langsung means bateri flat.Aku gi panggil pomen kedai tu mai..dengan penuh sombongnya mai jump kereta aku..Dah leh start, time nak jalan ja flat balik bateri.akhirnya diberi bateri sementara untuk aku pi kedai.. Sampai kat kedai aku penuh ramah mesra aku cuba berbual-bual tapi aku tak dipedulikan malah cakap kurang ajar dengan aku. Dikatanya alternator aku rosak. Part ni mmg aku bodohla..tak pernah amik tau pun.."Takpa2 saya gi check kat perodua...". Bawa la kereta aku pi perodua nak check alternator tu. Pomen perodua bg tau aku.."Bateri kalau tak dicharge akan ada pada state 12V(bateri eloknya)..kalau alternator jalan meter akan naik 14.xxV means alternator OK". Dalam hati aku time dah kuar dah "P*K* **K %&#*". Dengan perasaan marah aku pi balik kedai pomen tu, aku bagi tau pomen babi tu, yang alternator aku ni ok.."MAI PETANG SATGI, KAMI CHARGE BATERI NI DULU. SATGI MAI SEMBANG DENGAN TAUKE". Seperti yang dijanjikan aku gi kedai, dia nak suruh aku pakai bateri yang dicharge. Aku duk geram dari pagi..tersembur keluar rasa marah. Dipendekkan cerita, apa yang dia nak kona aku, aku tetap nak bateri baru. Akhirnya digantikkan aku bateri baru. Puas hati aku.




Aku geram bukan apa, pomen ni orang melayu, dah lama sombong cam k####a b***h, dikencingkan aku pulak. Memang bangsat betul. Kalau dah tak reti bg tau ja tak reti senangkan..jangan susahkan orang..




Aku harap kalau sesapa nak rasa sakit ati macam aku, berkunjunglah ke kedai tu...hahahah




Posted by Jai
Hari ini dah genap 5 hari aku berkabung dekat rumah, disebabkan oleh aku kena selsema + penat...tak pasti sama ada H1N1 atau pun overdose.Kalau H1N1 terpaksalah aku samak hidung..hehehe

Apa akan aku buat buat seandainya aku kena H1N1 :-
1. Aku akan pastikan virus sampai kat Shahrul, Khairul and Kecik.hehhe
2. Mempersiapkan kain kapan, nanti susah lak wife aku.

Hehehe...

Terima kasih kepada isteriku yang hari-hari menjenguk aku terlantar di depan TV especially sabtu dan ahad. Menunggu saat-saat nak bg lega dengan menonton "Prison Break" dari Season 1 dan hari dah habis Season 3. Dengan buah tangan seperti epal, oren dan juga makanan.. memandangkan aku sakit terlantar(padahal selsema ja). Aku sedar wife aku mmg bara gila, sbb aku conquer TV atas umah semata-mata untuk menunaikan hajat aku yang terakhir hehe..tp dia tetap bersabar..

Apa-apa pun aku akan pastikan "prison break" yang Season 4, aku abiskan dalam masa 3 hari..
Posted by Jai
Wednesday, July 15, 2009 at 7:34 AM | 2 comments  
Malam ni aku rasa jiwa aku sempit sangat, sakit hati, serabut perut (perut ayam, kambing, lembu, tonyok). Aku rasa kecik sgt walhal aku besar..hehehe. Rasa cam aku nak musnahkan ja apa yang ada (Search & Destroy). Tapi tu la..aku bukan cam dulu. Wife aku dapat meeting tergempar, jadi tegempar la menjaga anak2 malam ni. Adam duk layan transformer, alif pulak duk sibuk kacau aku. Tp tula anak2 penyejuk jiwa, walaupun kadang2 rasa nak marah. Maka bermulalah kerja-kerja bangang aku malam ni bersama anak aku alif....

Metod hack ni sebenarnya dah lama wujud, cari kat google belambak. Sebelum ni aku tak pernah try pun. Since aku rasa cam bangsat malam ni, aku test jugak akhirnya, walaupun dah lapuk..Untuk versi 1 ni aku test yang paling simple :- "WEP key". Konon2 aku nak masuk dalam network orang, tapi aku tak tau wep key, so bermulalah pencarian wep key ni.

Beza antara windows dan linux (unix alike), windows dia x allow kita untuk tukarkan wifi kad ke mode yang lain. By default kad adalah mode managed. So aku kena tukarkan kepada monitor mode untuk buat passive scanning.









Yang keduanya aku kena scan channel mana AP dan station banyak paket. hehehe (padahal aku yg pakai pun). Once dah ushar tgk BSSID ,concentarte on that, collect all information.
















Collect seberapa yang boleh (syarat dia mesti ada trasaction between AP dan victim). Apa yang kita perlukan adalah IV yang ada didalam cap file(output dari collection tadi). Duk sat 2-3 minit.

Mari mulakan aktiviti jahat....heheheheh



See...aku dah dapat WEP key AP umah aku yang mana memang aku dah tau. Tak kebodoh aku...hahahah. Apa yang penting nak aku cerita, tengok dekat IV dia collect 19xxx. So..kalau tak cukup info x blh nak buat gak. Tamatla cerita bangang aku yang macam sial bagi episod "Hack my own network 1".
P/S :
1. Segala command2 aku x letak kat sini sebab, takut ada yg akan gunakan info ni untuk hack masuk AP umah orang. Aku disclaim awal2..ehheheh.Pada yang nak tahu, clue dah ada leh google.
2. Episod 2, apa bezanya antara switch dan (hub/AP). Aku rasa kebanyakkan dah tahu, collision domain..tp..adala.. tunggula bila2 aku rajin pulak.














Posted by Jai
Friday, July 3, 2009 at 6:34 AM | 0 comments  
I'm not angry with life
I'm just bewildered
Chains of uncertainty
Are holding me down
Where am I to go
Who am I to blame
What am I to do
God, am I insane?
I never thought that my smile
Will put me deep into debt

I never thought that my innocence
Would stray me away from reality

I never thought that my live
Would resolved to emptiness

I never thought that in order to live
I have to bear so much pain

The sorrow of life has taught me
To accept many new beginnings

To smile even thought it hurts
To reach out even if there's no one there
To aim high and never say die
Cause there's always sun at the of the night

Posted by Jai





Si adam ni sebenarnya dia nak bagi hadiah kat bapak dia ni time pagi...tp spt biasa..mmg bangun pagi2 x dak kerja lain..kira nak ngamuk saja..aku balik kerja dia bagi la kat aku.




Entah kenapa malam ni, hati aku rasa gelisah pun ada , nak marah pun ada..mungkin sbb skt kut. Bos dah nak jumpa dah, skt malam ni baru nak isi. Mungkin sebab tu aku rasa tertekan. Cerita x abis lagi pasal hadiah. Dipendekkan cerita anak first aku ni bagi wallet.heheheh..Elok la tu wallet aku pun dah buruk sgt. Kalau orang lain rasa lama dah buang. Selepas aku snap pic wallet lama aku, baru perasan road tax motor aku dah nak expired hujung bulan. Begitulah kisah aku dan anak2 aku..hehehehe





Posted by Jai


Pagi tadi, selepas mandi aku terkejut melihat anak aku bgkan aku satu bungkusan. Awai2 tu terpinga-pinga gak, ya lakan tetiba ja bg hadiah. Selepas beberapa saat, baru teringat "HARI BAPA
". Sungguh terharu... Inilah kali pertama anak aku bagikan aku hadiah. Walaupun masih kecik lagi, dan tak tahu nilai "HARI BAPA", aku tetap terharu gak(lantak la kt aku nak terharu ke tak. hehehehe...).

Cumanya aku sedih, kesal dan bersalah sebab sepanjang hidup aku tak pernah aku bagi hadiah time "HARI BAPA" atau pun "HARI IBU" kat mak bapak aku. Dengan hadiah dari anak ini, telah memberi hidayah kepada aku, untuk memberi hadiah kat bapa ku pula. Disebabkan bapa aku hensem, sebab tu aku hensem..huahauhauha...

Setelah aku buka hadiah tu...jeng-jeng..dia bagi perfume (a.k.a mak dia yang beli...).. Comel betul botol, cam anak aku si alif ni jugak...



Posted by Jai

Semalam layan cerita ni diiringi oleh nasi sarip dol...
Posted by Jai
Lama sungguh tak post since lupa password...kekekekeke...anyway this is my new one...
Posted by Jai