Thursday, August 20, 2009 at 6:08 AM |  
Malam ni aku nak cerita ketidakpuasan hati aku dengan kedai bateri kereta. Kedai ini terletak depan pelita Sg Dua. Nama kedai tu, tengok sendiri la malas nak disebutkan. Cerita ni bermula 3 minggu sudah, bila time nak pi kerja pagi2, wife aku bagi tau kereta tak boleh nak start. Time tu aku mc ..(heeheh banyak tul mc..kurang vitamin..). Atas bantuan En Hazly Pusat Komputer, dia mai tolong jump bateri kereta aku. Maka boleh lah start.. Dengan keadaan aku tak mandi, muka ya Allah, seperti yang maklum bertapa manisnya aku ketika itu...huahua.. aku gi antar wife dgn anak-anak aku dan terus aku gi cari kedai bateri kereta. Disebabkan aku malas nak pikir..aku kira nak cari yang terdekat saja akhir pergilah aku ke kedai bateri sg dua. Time tu pukul 9 baru ja depa buka kedai. Disuruhnya aku duduk dan dilayan aku dengan air mineral. Si pomen check.."waa bateri weak la...kena tukar baru ni"..aku pun mengiyakan sambil mengangguk. Bateri lama digantikan baru, maka blh start...(cam la aku tak tau..)




Bermulanya cerita celaka ini selepas 3 minggu, hari isnin baru-baru ini..wife aku call time tu aku tgh mc kt umah(mc lagi..) kereta tak blh start kt hadhanah tempat anak-anak aku dijaga. Aku dengan penuh berhemah, mandi dulu pakai baju cantik2 gi la check kereta. Lampu indicator kat meter tak nyala langsung means bateri flat.Aku gi panggil pomen kedai tu mai..dengan penuh sombongnya mai jump kereta aku..Dah leh start, time nak jalan ja flat balik bateri.akhirnya diberi bateri sementara untuk aku pi kedai.. Sampai kat kedai aku penuh ramah mesra aku cuba berbual-bual tapi aku tak dipedulikan malah cakap kurang ajar dengan aku. Dikatanya alternator aku rosak. Part ni mmg aku bodohla..tak pernah amik tau pun.."Takpa2 saya gi check kat perodua...". Bawa la kereta aku pi perodua nak check alternator tu. Pomen perodua bg tau aku.."Bateri kalau tak dicharge akan ada pada state 12V(bateri eloknya)..kalau alternator jalan meter akan naik 14.xxV means alternator OK". Dalam hati aku time dah kuar dah "P*K* **K %&#*". Dengan perasaan marah aku pi balik kedai pomen tu, aku bagi tau pomen babi tu, yang alternator aku ni ok.."MAI PETANG SATGI, KAMI CHARGE BATERI NI DULU. SATGI MAI SEMBANG DENGAN TAUKE". Seperti yang dijanjikan aku gi kedai, dia nak suruh aku pakai bateri yang dicharge. Aku duk geram dari pagi..tersembur keluar rasa marah. Dipendekkan cerita, apa yang dia nak kona aku, aku tetap nak bateri baru. Akhirnya digantikkan aku bateri baru. Puas hati aku.




Aku geram bukan apa, pomen ni orang melayu, dah lama sombong cam k####a b***h, dikencingkan aku pulak. Memang bangsat betul. Kalau dah tak reti bg tau ja tak reti senangkan..jangan susahkan orang..




Aku harap kalau sesapa nak rasa sakit ati macam aku, berkunjunglah ke kedai tu...hahahah




Posted by Jai

1 comments:

Afrezal Karim said...

aku pun besa terkena dengan pomen barua tu.. dajeiii.. sama melayu pun bodoh sombong.. takpa janji dapat jugak bateri baru..tu yang penting.. hak jai di dahulukan.. pencapaian di utamakan haha.. lek lek

August 21, 2009 at 1:44 PM